Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No.2, Subis telah ditubuhkan pada tahun 1973 dan terletak 52 km dari bandar Miri dan 29 km dari pekan Bekenu dan 25 km dari pekan Bakong. Kebanyakkan pelajar-pelajar ialah anak pekerja ladang dan anak penduduk setempat yang berhampiran. Masa yang diambil untuk pergi ke bandar Miri ialah lebih kurang 45 minit hingga 1 jam perjalanan. manakala ke pekan Bekenu dan Bakong pula dalam lingkungan 20 hingga 30 minit. Kebanyakkan pelajarnya ialah berbangsa Iban, iaitu hampir 80%, dan selebihnya adalah kaum lain.
Guru dan staf sekolah ialah seramai 25 orang, iaitu 18 aialah guru dan 7 orang adalah staf sekolah. sekolah-sekolah yang berhampiran dengan SK Kelapa Sawit No. 2 ialah SK Biar, SMK Luar Bandar dan SK KS No.1.
Pada masa sekarang, SK KS No.2 mempunyai bilik guru besar, bilik PK1, bilik PK HEM, bilik guru, 6 buah bilik darjah, pusat sumber, makmal komputer, pusat akses, kelas maju, bilik bimbingan dan Kaunseling, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, bilik agama dan 5 buah kuarters guru.
Jumlah pelajar di sekolah ini seramai 211 orang murid termasuk pra sekolah seramai 25 orang. Jumlah pelajar yang tinggal di asrama pula seramai 80 orang dimana 37 lelaki dan 43 perempuan.